Ads 468x60px

SEJARAH




Prasekolah SKTSM ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah pentadbiran Guru Besar Pn. Hjh Azizah bt Mohd Salleh. Selepas persaraan beliau pada penghujung 2005 SKTSM diambil alih oleh Puan Hjh Haliza bt Yussof hinggalah ke hari ini.
         Prasekolah ditempatkan pada tiga buah kelas sedia ada yang diubahsuai pada pertengahan tahun 2004.Terdapat dua buah kelas iaitu kelas Pra Arif dan Pra Bijak beserta dengan dewan makan yang selesa.
Kelas ini dikendalikan oleh dua orang guru iaitu Puan Rozita bt. Abdul Razak (Pra Arif) dan Puan Shahariah bt. Zainal (Pra Bijak) bagi tahun 2005 hingga 2006.Bagi melicinkan proses P&P, dua orang pembantu prasekolah sambilan telah dilantik iaitu Puan Rosiah bt. Hamzah dan Puan Halimatus Sa`adiah bt. Alin.
Puan Jura Amiza bt. Jantan dan Puan Nor Haniza bt. Mohd Lazin telah dilantik sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) secara tetap bagi tahun 2005 – 2006.Pada tahun 2007, Puan Intan Nadia bt. Hj Mohd Ashi mengajar di kelas Pra Arif bagi menggantikan Puan Rozita dan dibantu oleh Puan Noraini bt. Rawi sebagai PPM bagi menggantikan Puan Jura Azura.
Pada pertengahan tahun 2008, Puan Norita bt. Mihat telah mengambil alih kelas Pra Arif bagi menggantikan Puan Intan Nadia manakala awal tahun 2009, Puan Nurul Shuana`Adlizah bt. Mohd Sidek telah mengambil alih kelas Pra Bijak bagi menggantikan Puan Shahariah yang berpindah sekolah dan dibantu oleh Puan Zalada Aliza bt. Moohd Rani sebagai PPM.
          Kini kelas prasekolah telah bertukar nama kepada Kelas Pra Melur dan Kelas Pra Dahlia.